Pengenalan kepada TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNAThis is a featured page

  • Bilakah Tribunal Tuntutan Pengguna (TTPM) ditubuhkan?

    Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan pada 15 November 1999 bersamaan dengan tarikh penguatkuasaan Akta Perlindungan Pengguna 1999.
  • Apakah fungsi/objektif penubuhannya (TTPM)?

    Tribunal Tuntutan Pengguna ditubuhkan dengan tujuan menyediakan satu saluran alternatif kepada pengguna untuk membuat tuntutan gantirugi yang dialami dalam berurusan dengan pembekal. Tribunal menyediakan perkhidmatan tersebut dengan cara lebih mudah, murah dan cepat jika dibandingkan dengan Mahkamah biasa. Sungguhpun telah wujud 29 Undang-undang/Akta yang melindungi pengguna namun ia merupakan suatu perlindungan secara pentadbiran di mana pihak yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di mahkamah dan pengguna yang dianiaya tidak mendapat apa-apa ganti rugi daripadanya dan ganti rugi tersebut hanya boleh dituntut melalui proses mahkamah. Kita sedia maklum proses mahkamah memakan masa dan belanja yang tinggi apabila membabitkan peguam dan prosedurnya mungkin dianggap rumit oleh pengguna. Dengan itu, pengguna merasakan adalah tidak menguntungkan malah merugikan apabila membuat tuntutan di mahkamah. Apatah lagi sekiranya kerugian yang dialami itu melibatkan amaun yang kecil. Dengan tertubuhnya Tribunal Tuntutan Pengguna, pengguna akan dapat memfailkan tuntutan gantirugi ke atas barangan atau perkhidmatan yang sempurna atau bermutu dibekalkan kepada peniaga.
  • Adakah apa-apa sekatan terhadap bidang kuasa Tribunal dalam memproses dan mendengar tuntutan dari Pengguna?

    Tribunal Tuntutan Pengguna mempunyai bidang kuasa mendengar apa-apa tuntutan gantirugi di mana amaun tuntutan tersebut tidak lebih daripada RM25,000.00 kecuali tuntutan :
    • yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;
    • bagi mendapatkan kembali tanah, atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah;
    • yang mempersoalkan berhubung hakmilik atau kepentingan mengenai tanah, estet atau francais; dan
    • yang mengandungi pertikaian mengenai wasiat, nama baik, hak dalam tindakan dan rahsia perdagangan.
  • Bagaimana dengan sambutan pengguna terhadap Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sejak had tuntutan dinaikkan kepada RM25,000.00?

    Had bidang kuasa tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah dinaikkan dari RM10,000.00 ke tidak melebihi RM25,000... dan berkuatkusa mulai 1 September 2003. Kenaikan had tuntutan ini dapat membantu ramai pengguna yang menghadapi masalah dengan pembelian barangan dan perkhidmatan. Sambutan daripada pengguna mengenai kenaikan tuntutan ini sangat menggalakkan. Ini boleh dilihat dari segi jumlah tuntutan yang difailkan.


No user avatar
e-pengguna
Latest page update: made by e-pengguna , Oct 31 2006, 4:44 AM EST (about this update About This Update e-pengguna Edited by e-pengguna


view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Anonymous ramai pembeli tidak berpuas hati dengan pemaju SEBANG PERDANA 7 Dec 3 2012, 8:31 AM EST by Anonymous
 
Thread started: Jan 22 2011, 3:12 AM EST  Watch
Sebahagian besar pembeli rumah di Taman Jengka Mahkota, Bandar Jengka tidak berpuas hati apabila pemaju seakan2 mengelak untuk memberikan ganti rugi di atas kelewatan menyiapkan rumah.. Sehubungan itu sebahagian besar pembeli bakal bertindak melalui Tribunal Tuntutan Pengguna...
5  out of 6 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: None (edit keyword tags)
Show Last Reply
Anonymous Beli alat pemadam api - 4 Sep 2 2012, 5:16 AM EDT by Anonymous
 
Thread started: Dec 24 2010, 5:04 AM EST  Watch
Pada 17/12/2010 saya telah membeli sebuah alat pemadam api dari Syarikat bernama United Asia Fire Prevention Service Sdn Bhd beralamat di Unit 3-2 tingkat 3, the Place, Jalan PJU 8/5G Damansara Perdana Kuala Lumpur. selepas di periksa pemadam api itu, didapati meter tekanan nya berada di zon merah. jika di lihat diwarranty card tertulis jika jarum meter terletak di zon merah hendaklah ditukar kepada yang baru. wakil syarikat berjanji kepada saya untuk menukarkannya pada keesokan harinya. tapi wakil tidak datang. sehingga pada 22/12 saya telepon syarikat dan bercakap dengan supervisor bernama Miss Stephenie. Beliau berjanji akan hantar wakil pada esok harinya, tapi sampai kehari 24/12 ini tidak ada sesiapa yang datang. dengan alasan ramai yang cuti Krismas. Cuba bayangkan jika terjadi sesuatu kepada saya dan ahli keluarga saya...siapa nak dipersalahkan. Saya berhasrat membeli alat pemadam api itu setelah mendengar ceramah dari wakil syarikat. dan ceramah itu menyakin bahawa alat pemadam api itu penting untuk setiap rumah. tapi kalau service macam ni.....siapa nak percaya lagi? Jaminan 4 tahun....belum sebulan....dah susah nak ganti...cakap tak serupa bikin.
3  out of 3 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: None (edit keyword tags)
Show Last Reply
Anonymous Wingard Tinted Film 0 Apr 8 2011, 7:38 AM EDT by Anonymous
 
Thread started: Apr 8 2011, 7:38 AM EDT  Watch
Saya telah memasang Wingard Tinted Film pada cermin kereta saya. Menurut pihak Wingard dan juga spesifikasi sistem ini, Wingard Tinted Film mempunyai ketahanan terhadap kepanasan (heat) dan hentaman (hits). Saya diberi warranty 10 tahun oleh Wingard sekiranya produk mereka tidak menjamin ketahanan terhadap kedua-dua perkara di atas. Tetapi baru-baru ini, cermin saya telah pecah akibat kegiatan kecurian. Apabila saya berjumpa pihak Wingard untuk menuntut pemasangan tinted film mereka secara percuma setelah produk mereka tidak terjamin dapat menahan hentaman (hits), mereka mula berdalih dan menyatakan bahawa kes saya ini tidak termaktub di dalam warranty mereka. Jadi, adakah warranty yang diberikan kepada saya hanyalah pada nama sahaja dan sebagai wayang oleh pihak Wingard?Harap pihak tribunal mengambil tindakan terhadap penipuan seperti ini.
2  out of 2 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: None (edit keyword tags)

Anonymous  (Get credit for your thread)


Showing 3 of 5 threads for this page - view all